Friday, January 21, 2011

2011 azam baru....

Selepas hampir 4 bulan saya mendapat kerja, inilah penulisan pertama saya di dalam blog ini. Bagai sirih pulang ke gagang, memang saya tidak menjangkakan saya akan bertugas di Kelantan. Kelantan Darul Naim, negeri yang saya gelarkan sebagai “Universiti Politik Terbuka” yang mengajar saya seribu satu erti kehidupan. Terlalu puitis? Entah lah.. Bagi saya Kelantan ini memang istimewa. Dari segi politik memang Kelantan negeri yang unik. Kelantan diperintah oleh golongan yang berpendidikan agama. Kelantan memang menjadi kubu gerakan politik yang berprinsipkan Islam.
Berada di bumi Kelantan memang menguji kesabaran saya. Saya bertugas jauh di ceruk Kelantan, bandar Gua Musang. Tugasan saya membangunkan minda anak-anak orang asli di sini. Saya bertuah kerana sahabat seperjuangan memang membantu menyokong aspirasi ini. Semoga Tuhan merahmati sokongan anda! Menerima tugasan ini memang satu tugas yang mencabar. Namun pastinya Tuhan bijak merancang perjalanan hidup kita.
Tulisan penulisan ini bukanlah untuk mengubah untuk tujuan asal penulisan blog ini. Saya masih berpegang kepada prinsip asal penulisan blog saya yang membawa isu-isu semasa luahan minda saya. Cuma sebagai entri pertama 2011, terasa ingin mengingatkan diri dan semua yang memiliki tanggungjawab membangunkan anak bangsa bahawa perjuangan kita belum selesai.
“AnwarHSM-2011”

“menyusuri secebis lumpur kehidupan demi segunung tugasan”