Friday, May 13, 2011

Utusan dan Kebebasan Media

1. Sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak pihak mendesak agar akhabr Utusan Malaysia diboikot.

2. Utusan Malaysia dikatakan telah mengwujudkan pelbagai provokasi antaranya dakwaan menyatakan ada pihak yang mahu menukar agama Islama kepada agama Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.

3. Apa yang menimpa Utusan Malaysia pada hari ini adalah rentetan peristiwa penting yang terjadi kepada Utusan semenjak pada zaman awal penubuhannya.

4. Menurut Wikipedia, pada awal penerbitannya, “Utusan Malaysia merupakan saluran utama penduduk Semenanjung Tanah Melayu untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap penjajah British dan ditulis menggunakan tulisan Jawi.Kini ia telah dicetak menggunakan huruf Rumi dan merupakan "saluran rasmi" kerajaan Malaysia. Pada awal penerbitannya, Utusan Malaysia merupakan saluran utama penduduk Semenanjung Tanah Melayu untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap penjajah British dan ditulis menggunakan tulisan Jawi. [1]Kini ia telah dicetak menggunakan huruf Rumi dan merupakan "saluran rasmi" kerajaan Malaysia.”

5. Ramai yang menganggap bahawa berita yang diterbitkan oleh Utusan memang dikawal oleh proksi-proksi pro kerajaan pemerintah hingga ada yang melabel akhbar ini sebagai Utusan UMNO dan Utusan Meloya.

6. Apa yang pasti peristiwa mogok pada 1961 oleh warga Utusan pada masa itu memang merupakan titik permulaan terhadap perubahan Utusan pada hari ini.

7. Said Zahari, Ketua Editor Utusan pada masa itu, atas nama mempertahankan kebebasan bersuara oleh media telah melancarkan mogok bagi menghalang pengambilalihan Utusan oleh UMNO pada masa itu.

8. Said Zahari dalam satu temubual oleh Zedeck Siew dalam portal The Nutgraph memberitahu bahawa dia bertemu Tunku Abdul Rahman dan menyatakan bahawa Utusan ini dimiliki oleh orang Melayu dan sepatutnya berkhidmat untuk orang Melayu dan bukannya sebahagian kecil ahli UMNO.




9. Said Zahari begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kebebasan Utusan pada masa itu hingga apabila rakan baiknya, Leslie Hoffman ( bekas Ketua Editor News Strait Times) menyatakan bahawa tak mungkin dia akan menang menentang kerajaan memerintah pada masa itu, Said Zahari berkata – “ Saya tahu saya takkan menang. Tetapi saya bukan menentang kerajaan, tetapi menentang bagi memastikan kebebasan bersuara oleh pihak media. Kalau saya kalah, tidak mengapa. Wartawan Utusan akan dikenang kerana cuba menghalang pengambilalihan surat khabar oleh kerajaan dan parti pemerintah” (http://www.thenutgraph.com/strike-for-press-freedom/)

9. Selepas itu, Said Zahari dibuang negeri dan diharamkan memijak bumi Malaysia. Hanya selepas Tun Dr Mahathir memerintah barulah larangan itu dibatalkan.

10. Semenjak peristiwa itu Utusan telah menjadi suara rasmi pihak pemerintah.

11. Peristiwa pengambilalihan ini bukanlah sesuatu yang pelik di negara kita mahupun di dunia.

12. Scott Gehlbach dan Konstantin Sonin telah membuat kajian bertajuk “Government Control of the Media” membuat kesimpulan bahawa apabila sesuatu kerajaan ingin sebahagian populasi rakyatnya bertindak bukan untuk kepentingan diri sendiri dan demi kepentingan kerajaan maka semakin kuatlah campur tangan kerajaan dalam kebebasan media. (http://igs.berkeley.edu/programs/seminars/ppt/papers/gehlbach_20080505.pdf)

13. Mungkin di zaman Tunku, terdapat keperluan untuk mengambilalih akhbar yang mempunyai pengaruh besar pada masa itu, Utusan dan memastikan hanya suara yang selari dengan dasar kerajaan sahaja yang diterbitkan dan dibaca oleh pembaca Melayu terutamanya yang berada di luar bandar.

14. Perlu diingat, terlalu banyak anasir termasuklah gerakan komunis yang masih bermaharajalela pada masa itu.

15. Namun ini bukanlah satu alasan yang tulen bagi menghalalkan sebarang campurtangan dalam kebebasan bersuara oleh media.

16. Mohamed Ha’ta Bin Wahari, Presiden National Union of Journalist Malaysia , dalam manifestonya secara jelas mahukan kerajaan supaya memansuhkan Akta Percetakan dan Penerbitan yang dikatakan menjadi duri dalam daging kebebasan bersuara media Malaysia. (http://nujstar.org/)

17. Pihak pembangkang seringkali menuduh kerajaan menyekat kebebasan media dan melabel Utusan sebagai akhbar proksi kerajaan.

18. Namun yang ironinya, PAS sebagai contoh, juga memiliki akhbar mereka sendiri, iaitu Harakah yang menjadi lidah rasmi akhbar berkenaan. Jarang sekali juga kita mendengar Ketua Editor Harakah atau mana-mana penulis dalam Harakah lantang mengkritik kepimpinan PAS. Jadi teori yang dikemukan oleh Scott Gehlbach dan Konstantin Sonin tepatlah dengan peranan Harakah dalam PAS iaitu menggerakkan popolusi pembaca Harakah untuk bertindak mengikut keperluan PAS.

19. Amran Ahmad, Pengerusi National Union Of Journalist (NUJ) Utusan ( bekas) dalam satu wawancara bersama Fitri Ibrahim menyatakan bahawa, “perjuangan kebebasan media bukanlah hanya terhad kepada kerajaan sedia ada (BN) tetapi juga kepada sesiapa yang menjadi musuh kepada kebebasan media. Ada di antara kerajaan negeri dengan tidak semena-mena turut memboikot beberapa akhbar yang tidak pro kepada mereka yang turut ditentang oleh NUJ. “ (http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/siapa-perlukan-kebebasan-media-fitri-ibrahim)

20. Yang sedihnya, Amran Ahmad dibuang kerja oleh pengurusan Utusan kerana membuat kenyataan kepada Malaysiakini.com selepas membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pembelian sebuah tiang gol. (http://amranahmadnor.blogspot.com/2009_09_01_archive.html)

Sunday, May 8, 2011

Politik Perkauman di Era Kini

Selepas satu perjumpaan dengan salah seorang sahabat baik saya di satu ceruk di utara Semenanjung Malaysia, saya mendapati saya amat bertuah kerana berada di Malaysia. Geo-politik Malaysia memang terlalu seronok untuk dibincangkan dan diterokai. Perjumpaan yang tidak dirancang itu menemukan saya dengan sabahat baik saya yang selama ini menjadi penyumbang pelbagai idea yang kadang-kala pelik tetapi berani.
Terdapat satu budaya yang agak pelik di dalam dunia politik tanah air. Isu ini mungkin telah basi namun masih wajar diperdebatkan. Saya juga kadang kala terjebak dengan budaya politk yang sebenarnya negatif tetapi sentiasa dilihat positif kerana ia dilihat penyumbang terhadap kemakmuran Malaysia sehingga kini. Tujuan penulisan ini bukanlah untuk meyokong atau menentang budaya ini tetapi ingin merungkai tentang budaya ini dari perspektif berbeza. Budaya politik yang sama maksudkan ialah politik perkauman. Mahu tidak mahu, kita terpaksa akui selama 53 tahun negara kita merdeka, kita menerima politk perkauman ini sabagai satu cara yang terbaik untuk memilih pemimpin yang akan memerintah negara. Mungkin ada yang tidak menyokong kenyataan saya kerana pasti mereka menyatakan bahawa idea politik yang paling berjaya memerintah Malaysia ialah nasionalisme yang dibawa oleh Barisan Nasional sejak lebih 30 tahun lepas. Namun jika kita selidik secara mendalam, parti-parti yang menganggotai BN kebanyakannya didasari oleh aliran perkauman. Saya tidak menyatakan idea ini gagal tetapi adakah idea ini sesuai atau tidak untuk dipraktikkan kini?

Jika kita lihat kembali sejarah, penubuhan Parti Perikatan yang didukungi oleh kita buah parti yang besar;UMNO, MIC dan MCA telah memungkinkan kemederkaan Tanah Melayu menjadi kenyataan. Jadi penubuhan ikatan antara kita kaum ini merupakan kunci bagi kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu. Pada zaman 1957, konsep politik berdasarkan perkauman mungkin sesuai dan boleh dipraktikkan. Namun ada seorang pemimpin Melayu yang begitu berjasa yang begitu berpandangan jauh dan mahu melihat masa depan negara lebih gemilang. Namun beliau sendiri akhirnya terbuang kerana idea radikalnya yang gagal diterima oleh masyarakat Melayu sendiri. Orang saya maksudkan ialah Dato’ Onn Bin Jaafar, pengasas UMNO. Walaupun ketika penubuhannya, beliau merupakan seorang pemimpin yang begitu disegani namun apabila beliau mengemukan cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum, ramai ahli UMNO membantah dan tidak bersetuju dengan pandangan beliau. Dato’ Onn jelas merupakan seorang yang berpandangan jauh kerana beliau telah meilhat bahaya budaya politik perkauman. Tidak sampai 13 tahun selepas kemerdekaan, tercetus peristiwa berdarah 13 Mei yang berpunca dari politik perkauman. Walaupun kita sudah lebih 50 tahun merdeka, kita masih lagi membincangkan soal hak orang Melayu dan hak kaum bukan Melayu. Adakah kita benar-benar bersatu ataupun kita hanya bersembunyi di sebalik topeng politik perkauman?
Setelah fenomena tsunami politik PRU 12 yang jelas menunjukkan bahawa idea politik berdasarkan perkauman mungkin tidak lagi berada ti tempat pertama di pentas poltik tanah air. Pengundi muda terutamanya mungkin semakin merasakan bahawa idea politik berdasarkan perkauman tidak lagi sesuai di zaman abad ke-21 ini. BN sudah pun bertindak pro-aktif memperkenalkan keanggotaan secara langsung (tanpa menganggotai parto kompenan) merupakan satu tindakan yang menunjukkan bahawa telah wujud keperluan untuk mentransformasi dari politik perkauman kepada politik bentuk baru.
Ramai di antara kita mungkin merasakan kita tidak perlu lagi beralih kepada budaya politik baru yang tidak didasari oleh sentiment perkauman. Hujah kumpulan ini adalah kita sudah berjaya memimpin Malaysia untuk lebih 50 tahun dengan budaya politk perkauman. Namun secara ikhlas, masih ramai masyarakat bukan Melayu yang tidak berpuas hati tentang beberapa dasar yang dicetuskan oleh politik perkauman ini. Barisan Nasional telah memperkenalkan pelbagai dasar yang lebih memberi keutamaan kepada orang Melayu dan secara tidak langsung menyebabkan orang bukan Melayu merasakan diri mereka tidak dihargai sebagai warganegara Malaysia yang tulen. Saya bukanlah penentang terhadap keistimewaan orang Melayu kerana memang secara tidak langsung hak ini akan membantu orang bukan Melayu. Namun kini sudah wujud masyarakat Melayu sendiri merasakan bahawa hak istimewa Melayu ini telah mengwujudkan mentaliti subsidi di kalangan orang Melayu sendiri.
Pandangan politikus dari pihak pembangkang pula melihat isu hak istimewa orang Melayu ini dari dimensi yang berbeza. DAP antara parti yang sejak dari dulu lagi bersifat begitu kritikal terhadap isu berkaitan hak istimewa orang Melayu. PKR, PAS dan DAP, 3 parti utama yang menganggotai Pakatan Rakyat telah membuat pengumuman baru-baru ini bahawa seandai mereka memerintah Malaysia, hak istimewa orang Melayu tidak akan terjejas. Malahan juga, mereka mendakwa bahawa, parti pemerintahan yang diketuai UMNO yang selama ini menggunakan hak istimewa orang Melayu untuk mengkayakan kroni dan menjejaskan peluang yang sewajarnya diberikan kepada orang Melayu. PKR-DAP-PAS mendakwa seandai UMNO benar-benar telus dalam menggunakan hak istimewa orang Melayu, maka orang Melayu di negara kita sudah lama maju.
Bolehkah kita melangkaui dimensi perkauman dan menggunakan dimensi yang lebih luas dalam membincang arena politik, sosial dan ekonomi negara? Memang susah hendak menjawab persoalan ini. Kita sudah terlalu lama disumbatkan dengan kepentingan idea perkauman dalam memulakan apa juga topic perbincangan seharian. Apa yang penting adalah keterbukaan kita untuk membincangkan isu politik perkauman ini. Kita perlu bersikap terbuka dan adil apabila kita membicarakan aspek politik perkauman. Walaupun ianya pahit dan mungkin menyakitkan namun demi generasi masa depan, kita perlu menghadapi secara terbuka perdebatan yang berkaitan dengan politik perkauman.