Friday, May 13, 2011

Utusan dan Kebebasan Media

1. Sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak pihak mendesak agar akhabr Utusan Malaysia diboikot.

2. Utusan Malaysia dikatakan telah mengwujudkan pelbagai provokasi antaranya dakwaan menyatakan ada pihak yang mahu menukar agama Islama kepada agama Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.

3. Apa yang menimpa Utusan Malaysia pada hari ini adalah rentetan peristiwa penting yang terjadi kepada Utusan semenjak pada zaman awal penubuhannya.

4. Menurut Wikipedia, pada awal penerbitannya, “Utusan Malaysia merupakan saluran utama penduduk Semenanjung Tanah Melayu untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap penjajah British dan ditulis menggunakan tulisan Jawi.Kini ia telah dicetak menggunakan huruf Rumi dan merupakan "saluran rasmi" kerajaan Malaysia. Pada awal penerbitannya, Utusan Malaysia merupakan saluran utama penduduk Semenanjung Tanah Melayu untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap penjajah British dan ditulis menggunakan tulisan Jawi. [1]Kini ia telah dicetak menggunakan huruf Rumi dan merupakan "saluran rasmi" kerajaan Malaysia.”

5. Ramai yang menganggap bahawa berita yang diterbitkan oleh Utusan memang dikawal oleh proksi-proksi pro kerajaan pemerintah hingga ada yang melabel akhbar ini sebagai Utusan UMNO dan Utusan Meloya.

6. Apa yang pasti peristiwa mogok pada 1961 oleh warga Utusan pada masa itu memang merupakan titik permulaan terhadap perubahan Utusan pada hari ini.

7. Said Zahari, Ketua Editor Utusan pada masa itu, atas nama mempertahankan kebebasan bersuara oleh media telah melancarkan mogok bagi menghalang pengambilalihan Utusan oleh UMNO pada masa itu.

8. Said Zahari dalam satu temubual oleh Zedeck Siew dalam portal The Nutgraph memberitahu bahawa dia bertemu Tunku Abdul Rahman dan menyatakan bahawa Utusan ini dimiliki oleh orang Melayu dan sepatutnya berkhidmat untuk orang Melayu dan bukannya sebahagian kecil ahli UMNO.




9. Said Zahari begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kebebasan Utusan pada masa itu hingga apabila rakan baiknya, Leslie Hoffman ( bekas Ketua Editor News Strait Times) menyatakan bahawa tak mungkin dia akan menang menentang kerajaan memerintah pada masa itu, Said Zahari berkata – “ Saya tahu saya takkan menang. Tetapi saya bukan menentang kerajaan, tetapi menentang bagi memastikan kebebasan bersuara oleh pihak media. Kalau saya kalah, tidak mengapa. Wartawan Utusan akan dikenang kerana cuba menghalang pengambilalihan surat khabar oleh kerajaan dan parti pemerintah” (http://www.thenutgraph.com/strike-for-press-freedom/)

9. Selepas itu, Said Zahari dibuang negeri dan diharamkan memijak bumi Malaysia. Hanya selepas Tun Dr Mahathir memerintah barulah larangan itu dibatalkan.

10. Semenjak peristiwa itu Utusan telah menjadi suara rasmi pihak pemerintah.

11. Peristiwa pengambilalihan ini bukanlah sesuatu yang pelik di negara kita mahupun di dunia.

12. Scott Gehlbach dan Konstantin Sonin telah membuat kajian bertajuk “Government Control of the Media” membuat kesimpulan bahawa apabila sesuatu kerajaan ingin sebahagian populasi rakyatnya bertindak bukan untuk kepentingan diri sendiri dan demi kepentingan kerajaan maka semakin kuatlah campur tangan kerajaan dalam kebebasan media. (http://igs.berkeley.edu/programs/seminars/ppt/papers/gehlbach_20080505.pdf)

13. Mungkin di zaman Tunku, terdapat keperluan untuk mengambilalih akhbar yang mempunyai pengaruh besar pada masa itu, Utusan dan memastikan hanya suara yang selari dengan dasar kerajaan sahaja yang diterbitkan dan dibaca oleh pembaca Melayu terutamanya yang berada di luar bandar.

14. Perlu diingat, terlalu banyak anasir termasuklah gerakan komunis yang masih bermaharajalela pada masa itu.

15. Namun ini bukanlah satu alasan yang tulen bagi menghalalkan sebarang campurtangan dalam kebebasan bersuara oleh media.

16. Mohamed Ha’ta Bin Wahari, Presiden National Union of Journalist Malaysia , dalam manifestonya secara jelas mahukan kerajaan supaya memansuhkan Akta Percetakan dan Penerbitan yang dikatakan menjadi duri dalam daging kebebasan bersuara media Malaysia. (http://nujstar.org/)

17. Pihak pembangkang seringkali menuduh kerajaan menyekat kebebasan media dan melabel Utusan sebagai akhbar proksi kerajaan.

18. Namun yang ironinya, PAS sebagai contoh, juga memiliki akhbar mereka sendiri, iaitu Harakah yang menjadi lidah rasmi akhbar berkenaan. Jarang sekali juga kita mendengar Ketua Editor Harakah atau mana-mana penulis dalam Harakah lantang mengkritik kepimpinan PAS. Jadi teori yang dikemukan oleh Scott Gehlbach dan Konstantin Sonin tepatlah dengan peranan Harakah dalam PAS iaitu menggerakkan popolusi pembaca Harakah untuk bertindak mengikut keperluan PAS.

19. Amran Ahmad, Pengerusi National Union Of Journalist (NUJ) Utusan ( bekas) dalam satu wawancara bersama Fitri Ibrahim menyatakan bahawa, “perjuangan kebebasan media bukanlah hanya terhad kepada kerajaan sedia ada (BN) tetapi juga kepada sesiapa yang menjadi musuh kepada kebebasan media. Ada di antara kerajaan negeri dengan tidak semena-mena turut memboikot beberapa akhbar yang tidak pro kepada mereka yang turut ditentang oleh NUJ. “ (http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/siapa-perlukan-kebebasan-media-fitri-ibrahim)

20. Yang sedihnya, Amran Ahmad dibuang kerja oleh pengurusan Utusan kerana membuat kenyataan kepada Malaysiakini.com selepas membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pembelian sebuah tiang gol. (http://amranahmadnor.blogspot.com/2009_09_01_archive.html)

No comments: