Monday, November 29, 2010

Amalan Demokrasi Di Universiti


Secara holistik, kepimpinan mahasiswa dari era 1970-an hingga 2008 seringkali menuduh bahawa AUKU 1971 merupakan kekangan utama untuk menjatuhkan pergerakan pelajar di universiti tempatan. AUKU lama ( sebelum pindaan terbaru 2009) dilihat sengaja diwujudkan oleh kerajaan bagi mengakhiri pergerakan pelajar di era 1960-an yang dilhat begitu aktif hingga menjadi satu bentuk ancaman baru bagi negara. Jesteru tindakan pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk meminda AUKU kebelakangan ini dilihat satu bentuk usaha terbaru untuk memurnikan semula persepsi kepimpinan mahasiswa terhadap AUKU. Beberapa ‘kebebasan terhad’ telah diberikan kepada kepimpinan mahasiswa terutama penglibatan mereka dalam arena politik dan kebebasan untuk bersuara.

“Speaker Corner”

Ramai pemerhati politik kampus berpendapat bahawa kebanyakan pergerakan pelajar di universiti bertitik tolak dari usaha Universiti Malaya mengwujudkan Speaker Corner pada 27 Mei 1966. (M.Shuhaimi, 1995). Speaker Corner jelas menjadi medan mahasiswa di UM untuk menyampaikan isi hati mereka dengan berkesan tanpa ada sebarang sekatan. Setelah kewujudan Speaker Corner ini telah mencetuskan aliran pemikiran mahasiswa yang berani menegur kerajaan, maka kewujudannya dihapuskan. Ia hanya muncul semula di Univerisiti Malaya pada 1 Mac 1989 setelah 14 tahun ‘dibuang’ dari dunia mahasiswa. Pemangkin utama kewujudan semula Speaker Corner adalah Naib Canselor UM ketika itu, Prof. Syed Hussein Al-Attas. Namun, apabila Speaker Corner yang baru ini mendapat sambutan dan wujudnya keperluan kewujudan Speaker Corner yang kedua di UM pada masa itu, kerajaan segara campur tangan. Menteri Pelajaran pada masa itu, Dato Sri Anwar Ibrahim menganggap kewujudan Speaker Corner yang kedua ‘akan menghasilkan mahasiswa yang tidak mempunyai nilai kesopanan yang tinggi”. Mungkin sudah tiba masanya pihak MPP seluruh universiti mengwujudkan semula Speaker Corner untuk memberi wadah dan peluang yang lebih adil kepada semua lapisan masyarakat siswa menyampaikan isi hati mereka.

Rampasan Kuasa.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat 2 peristiwa penting yang boleh dianggap bahawa klimaks perjuangan mahasiwa sebagai menjadi kuasa ‘check and balance’ iaitu peristiwa demonstrasi di Baling dan Tasik Utara. Ironinya, kedua-dua peristiwa ini berlaku pada 1974, 3 tahun selepas penggubalan AUKU pada 1971. Kedua-dua demontrasi ini berfungsi menyampaikan isi hati mahasiwa terhadap beberapa isu yang mencengkam masyarakat luar Bandar seperti kebuluran. Disebabkan demonstrasi di Tasik Utara, Setiausaha MPPUM, Hishamuddin Rais telah ditangkap. Penangkapan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mahasiswa UM hingga berlaku rampasan kuasa pentadbiran UM oleh Majlis Tertinggi Sementara (MTS) pada 20 September 1974. Namun peristiwa ini tidak berlaku lama apabila Majlis Tertinggi Nasional menyerahkan kuasa kembali kepada Naib Canselor. (M.Shuhaimi, 1995) Namun peristiwa ini jelas menyebabkan kerajaan mengetatkan lagi AUKU 1971 pada tahun berkenaan hingga menyebabkan hak-hak asasi mahasiswa terjejas teruk.

Piliharaya Kampus..

Pihanraya Kampus merupakan satu bentuk amalan demokrasi yang amat penting di dalam sesebuah universiti. Walaupun ia bukanlah sehebat piliharaya umum namun kehangatannya jelas ada terutama di univerisiti Lembah Kelang.Namun terdapat beberapa kelemahan utama yang dilihat pada perlaksanaan pilihan raya yang mencacatkan nilai –nilai demokrasi. Seringkali beberapa pemimpin mahasiswa dari sekumpulan aliran pemikiran mendakwa disekat dan dikongkong oleh pihak pentadbir universiti terutama menjelang hari penamaan calon, tempoh berkempen, masa mengundi dan proses pengiraan kertas undi. Pihak pentadbiran seharusnya memandang pilihan raya kampus sebagai medan untuk memilih kepimpinan mahasiswa yang terbaik. Selain itu, ia juga harus menjadi medan untuk mahasiswa mempraktiskan amalan demokrasi di univerisiti dan membuatkan mereka lebih bersedia untuk berhadapan dunia demokrasi yang lebih luas di luar. Namun tidak dinafikan beberapa universiti sudah pun bersifat terbuka dan lebih telus dalam proses mengawalselia perjalanan pilihanraya. Pada pandangan saya sudah tiba masanya pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengwujudkan satu badan khas yang berkecuali untuk mengawalselia proses perjalanan piliharan raya kampus. Walaupun ada universiti yang memang telus namun, sekiranya wujud badan bebas ini sekurang-kurang akan mengkikis pandangan skeptikal masyarakat siswa khasnya dan masyarakat luar umumnya terhadap ketelusan amalan demokrasi di universiti.

‘Separation of Power” di Universiti.

Idea pengasingan kuasa merupakan satu prinsip asas dalam demokrasi moden. Idea pengasingan kuasa secara asasnya melibatkan 3 badan utama iaitu legislative ( pembuat dasar dan undang-undang), executive (pelaksana dasar/cabinet) dan judiciary ( kehakiman). Ketiga-tiga badan ini perlu berdiri dengan sendirinya tanpa perlu campurtangan antara ketiga-tiganya. Walau bagaimanapun, di Malaysia dan negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, berlaku ‘fusion of power iaitu badan executive dan legislative bertindih. Jadi seorang Perdana Menteri (executive) juga merupakan ahli Dewan Rakyat ( legislator). Bolehkah konsep pengasingan kuasa ini wujud di dalam universiti? Sekiranya kita menganggap pilihan raya kampus umpama pilihanraya umum, maka wakil pelajar yang dipilih adalah sama seperti wakil rakyat. Jadi wakil pelajar seharusnya menjadi ‘legislator’ atau pengubal undang-undang dan dasar. Namun jelas ini bukanlah kuasa sebenar pelajar yang dihadkan oleh AUKU. Sebarang undang-undang dan dasar diluluskan oleh Majlis Executive Universiti. Hal-hal akademik pula diuruskan oleh Senat. Jadi jelas walaupun sepatutnya pemimpin mahasiswa seharusnya berperanan sebagai pembuat dasar atau sekurang-kurang menjadi penasihat kepada pembuat dasar, namun peranan ini dinafikan oleh kebanyakan pentadbir universiti. Rasional pembabitan kepimpinan mahasiswa dalam proses penghasilan dasar amat mudah; dasar yang dirangka sudah tentu melibatkan pelajar dan agak pelik jika proses tersebut tidak dipantau oleh wakil pelajar. Jadi sekiranya dasar yang diluluskan tidak disukai pelajar maka MPP yang terpaksa menjawab persoalan yang dikemukan oleh pelajar. Ini bukanlah sesuatu yang adil bagi kepimpinan tertinggi mahasiswa.
Idea pengasingan kuasa juga melibatkan tiadanya campur tangan antara 3 badan utama dalam demokrasi. Di universiti, saya berpendapat bahawa terdapat 3 buah badan utama iaitu pihak pentadbiran, MPP dan pembuat dasar. Pihak pentabiran menjalankan dasar yang diluluskan oleh badan pembuat dasar. Badan pembuat dasar pula bertanggungjawab meluluskan dasar-dasar utama bagi universiti. Pembuat dasar bagi universiti mungkin terbahagi kepada dua pihak iaitu Majlis Executive Universiti dan Senat. MPP pula seharusnya memastikan bahawa sebarang penggubalan dasar oleh badan penggubal dasar dan perlaksanaan dasar oleh pihak pentadbiran tidak akan menjejaskan hak dan kebajikan mahasiswa sebagai ‘important stake holders’ di dalam universiti. Pihak penggubal dasar dan pentadbiran tidak harus campur tangan dalam urusan pentadbiran MPP. Andai ini dapat diwujudkan maka secara perlahan-lahan, amalan demokrasi akan kembali subur di universiti.

_____________________________________________________________________________________
Artikel di atas ditulis pada tahun 2008 tetapi masih lagi relevan untuk dibincang. Artikel ini ditulis dan pernah dimuatnaik dalam e-web uum

I am back!!!

Asalamualaikom dan Salam Sejahtera
Sudah hampir 2 tahun lebih saya tidak menulis dalam blog ini. Pelbagai perkara yang membelenggu diri saya seperti kesibukan menyelesaikan tugasan terutama di semester akhir dan komitmen lain. Namun perkara yang mungkin paling nyata ialah kurangnya displin diri saya untuk menulis dan berkongsi idea dan pendapat di ruang maya ini. Keghairahan sahabat baik saya, Bob (http://yangmempunyaifikiranku.blogspot.com/) juga telah kembali mencetuskan minat saya untuk kembali menulis dalam blog ini.
Insyallah , I will try my best to fulfill the volcanic desire to express my idea.